Sepertimana yang ku inginkan selalu, tidak pernah terjadi. Maka, patahlah hatiku yang sememangnya lemah ini.
Sepanjang perjalanan balik dari universiti. Minda hatiku asyik memikirkan mu. memikirkan kehadiran mu di situ, memikirkan keinginan mu, memikirkan personaliti mu. Namun, teramat banyaknya jawapan yang tidak mengembirakan. Semuanya melawan kesenangan hatiku. Tapi, ku tetap mencuba. Mencuba cari jalan untuk menjadi seorang yang ceria. Mencuba mencari jalan untuk menjelaskan sesuatu situasi. Mencuba untuk melawan hatiku yang senantiasa kusut.
Sekiranya mu mengambil berat terhadap shabbatmu ini, semoga lebih rasional tindakanmu. Namun begitu, ku tidak akan terasa apa-apa. Ku akan sedaya upaya menjadi diri sendiri dan menjadi seorang yang tidak akan menghampakan mu.
No comments:
Post a Comment