Thursday, May 2, 2013

kegigihan seorang jejaka menawan hati si jelita

Pada suatu masa dahulu, tertinggal seorang jejaka yang tidak beberapa tampan tetapi tidaklah juga hodohnya berbanding dengan jejaka lain yang berada di sekitarnya. Jejaka yang tidak menonjol ini telah berjaya memasuki universiti yang berada di bandar tempat tinggalnya.

Semasa dia belajar di universiti ini, dia tertawan oleh seorang gadis yang begitu cantik sekali. Si jelita yang manis tetapi dingin. Begitu dingin sehingga tiada seorang pun yang mampu menawan hatinya sejak kelahirannya.

Lama-kelamaan, jejaka ini telah menjadi kawan yang agak rapat dengan si jelita ini. Namun begitu, semakin rapat pershahbatan dengan si jelita ini, semakin susah untuk si jejaka ini untuk meluahkan perasaan. Kenapa? Kerana, sekiranya si jelita menolak cinta si jejaka, persahabatan mereka akan tamat begitu sahaja. Hati si jejaka akan pecah berkecai! Maka si jejaka tidak berani meluahkan cintanya mahupun mengambil tindakan yang jelas untuk memikat dan menawan hati si jelita. Begitu pedih hati melihat si jelita yang disukai di samping sendiri tetapi tidak dapat menunjukkan kasih sayang yang begitu mendalam.

Sehari demi sehari, pengajian di universiti semakin payah. Apakah si jelita mampu menanganinya? Apakah si jelita mampu mengatasi kepayahan yang amat ini? Si jejaka risau. Si jejaka sakit hati melihat si jelitanya yang sakit. Melihat si jelita yang batuk dengan kesakitan.



Bersambung...

No comments:

Post a Comment